Secara keseluruhannya, pihak kerajaan melalui Majlis Sukan Negara bersama-sama dengan Majlis Paralimpik Malaysia telah berkerjasama untuk tumpuan yang menyeluruh selepas kejayaan di Sukan Para Asean, Korat 2008 yang lalu untuk membentuk sebuah kontinjen yang komprehensif dan berdaya saing serta berkemampuan untuk mencipta sejarah memenangi pingat emas sulung di temasya Sukan Paralimpik Beijing XIII, 2008.
Berdasarkan kepada prestasi semasa, atlet-atlet bagi sukan renang, powerlifting dan memanah dijangka mampu menamatkan penantian jutaan rakyat Malaysia selama 20 tahun untuk mengapai emas pertama Negara sejak mula kontinjen paralimpik menyertai Sukan Paralimpik buat kali pertama di Seoul, Korea pada tahun 1988. Matlamat ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan kerana atlet-atlet paralimpik Negara dipersiapkan dengan program latihan insentif yang sistematik.
Kontinjen Negara akan mengambil bahagian dalam 5 jenis sukan daripada 20 jenis sukan yang dipertandingkan di Sukan Paralimpik 2008. Seramai 11 orang atlet telah berjaya melayakan diri secara merit seperti berikut:
|
Bil |
Sukan |
Nama |
Jan |
Kategori |
Acara |
|
1. |
Olahraga |
Mohd Raduan Emeari |
L |
T36 |
100m |
|
2. |
Renang |
Zul Amirul Sidi Abdullah |
L |
S5 |
50m Backstroke |
|
Yusup Dewa |
L |
S6 |
50m freestyle | ||
|
3. |
Memanah |
Muhammad salam Sidik |
L |
ARW2 |
Recurve |
|
Zulkifli Mat Zin |
L |
ARW2 | |||
|
4. |
Powerlifting |
P. Mariappan |
L |
67.5kg |
67.5kg |
|
Sharifah Raudzah Syed Akil |
P |
82.5kg |
82.5kg | ||
|
Cheok Kon Fatt |
L |
52.0kg |
52.0kg | ||
|
Siow Lee Chan |
P |
56.0kg |
56.0kg | ||
|
5. |
Pelayaran |
Al Mustakin Matrin |
L |
Skud 18 |
Two Person Keelboat Skud18 |
|
Loke Sin Ying |
P |
Skud18 |
Kontinjen paralimpik Beijing 2008 seramai 26 orang diwakili oleh 1 CDM, 1 Pegawai Perubatan, 5 Sekretariat dan 8 Jurulatih.
© Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.Telefon : +603-89929600, Faksimili : +603-89967400
Paparan terbaik ialah dengan menggunakan IE 6 dengan resolusi 1024 x 768