Maklumat ini adalah bertujuan memberi gambaran mengenai penyertaan atlet-atlet paralimpik Negara ke Sukan Paralimpik Beijing XIII, China pada 6 hingga 17 September 2008.

Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan yang diaadakan bagi mengumpulkan atlet-atlet OKU yang dianjurkan oleh Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) setiap 4 tahun sekali sejak tahun 1960 yang lalu. Ianya diadakan serentak dalam tahun yang sama dengan temasya Sukan Olimpik dan bermula dari Sukan Olimpik 1988 di Seoul Korea. Temasya Sukan Paralimpik telah dianjurkan oleh tuan rumah Sukan olimpik sendiri dan kebiasaanya dianjurkan selepas berakhirnya temasya Sukan Olimpik.

Penyertaan di Sukan Paralimpik  sebelum ini bercorak terbuka di mana tidak memerlukan proses kelayakan tertentu sehingga pada tahun 2000 di Sydney di mana syarat kelayakan telah diperkenalkan oleh IPC bagi menentukan kelayakan atlet-atlet yang menyertai Sukan Paralimpik berasaskan kepada jumlah maksima atlet-atlet yang bertanding adalah seramai 4000 orang sahaja.

Kontinjen Negara setakat maklumat yang ada telah bermula menyertai Temasya Paralimpik sejak tahun 1984 di Seoul, Korea Selatan. Selepas itu Malaysia telah berjaya menempatkan beberapa atlet untuk bertanding di Temasya Paralimpik pada setiap tahun diadakan. Pencapaian Negara dalam temasya Sukan Paralimpik bergantung hanya satu sukan iaitu powerlifting dan juga sukan olahraga sejak Negara menyertai Sukan Paralimpik Seoul, 1988 seperti berikut:

Tahun

Pencapaian

Atlet

Acara

1988, Seoul

1 Gangsa

P. Mariappan

Powerlifting

 

1992, Barcelona

1 Perak

Cheok Kon Fatt

Powerlifting

1 Gangsa

P. Mariappan

Powerlifting

 1 Gangsa

Mohd Khasseri Othman

Olahraga


Sukan Paralimpik Beijing 2008 adalah merupakan temasya ke-13 dan Negara China adalah merupakan Negara Asia yang ke-3 selepas Jepun (1964) dan Korea Selatan (1988) menganjurkan.

Sukan Paralimpik Beijing 2008 akan diadakan pada 6-7 September 2008 yang akan mempertandingkan sebanyak 20 jenis sukan yang melibatkan 471 acara. Paralimpik Beijing 2008 dijangka disertai seramai 4000 atlet dan hampir 3500 pegawai teknikal dan pengadil turut terlibat mengendalikan temasya ini. Adalah dijangkakan bahawa Paralimpik Beijing XIII,2008 akan diliputi seramai 4000-6000 media massa dari seluruh dunia.

Sukan Paralimpik Beijing 2008 bertemakan " ONE WORLD ONE DREAM" dan logo Sukan Paralimpik 2008 yang diberikan "FU NIU LELE". "FU NIU LELE" melambangkan gaya hidup dan kebudayaan masyarakat China. Ia juga mewujudkan semangat sukan Olipik dan melambangkan semangat juang atlet-atlet paralimpik yang tidak mudah mengalah demi untuk membuktikan kesungguhan diri. Ini mengambarkan keharmonian yang telah wujud diantara manusia dan alam semulajadi untuk membuktikan kesungguhan atlet paralimpik demi merealisasikan konsep Sukan Paralimpik Beijing iaitu "Transcendence, Equality & Intergration".


For more widgets please visit www.yourminis.com

 
Hakcipta Terpelihara.
© Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.Telefon : +603-89929600, Faksimili : +603-89967400

Paparan terbaik ialah dengan menggunakan IE 6 dengan resolusi 1024 x 768